Wisma Putra
Tindakan memanggil pulang Duta Besar Malaysia ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Konsul Jeneral Malaysia di Dubai ke kementerian berkenaan disebabkan kegagalan dua pegawai terbabit menguruskan lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ke Dubai pada 29 hingga 31 Mac lalu.- Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Malaysia mengutuk pelancaran peluru berpandu balistik oleh Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK) atau Korea Utara pada 21 Mei lalu.

Wisma Putra dalam satu kenyataan di sini berkata, peluru berpandu tersebut yang merupakan pelancaran kedua dalam tempoh seminggu menggambarkan penentangan berterusan DPRK terhadap semua seruan supaya ia menghentikan program nuklear dan peluru balistiknya.

“Tindakan DPRK ini sekali lagi secara jelas mencabuli resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

“Malaysia membantah dengan tegas tindakan provokatif DPRK ini yang akan hanya mengeruhkan lagi situasi yang sudah sedia tegang di Semenanjung Korea dan memberi kesan serius terhadap usaha memelihara keamanan dan keselamatan antarabangsa,” kata kenyataan tersebut.

Menurut Wisma Putra, Malaysia menggesa DPRK untuk menghentikan sebarang pelancaran peluru berpandu dan mematuhi sepenuhnya obligasi antarabangsanya seperti yang dimaktubkan menerusi resolusi-resolusi berkaitan Majlis Keselamatan PBB.

Malaysia juga menyeru DPRK untuk kembali komited terhadap dialog dan rundingan secara aman, bagi tujuan memelihara keamanan dan keselamatan serantau dan dunia secara amnya.- MalaysiaGazette