Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Pahang menjadi negeri pertama melaksanakan azan dua kali sebelum dan ketika masuk waktu solat Subuh.

Azan pertama dilakukan setengah jam sebelum waktu solat Subuh dan kedua selepas masuk waktu Subuh.

Arahan itu bermula esok sempena 1 Ramadan.

Difahamkan, pekeliling mengenai arahan kepada masjid dan surau di negeri itu sudah diedarkan baru-baru ini.

Ia berdasarkan surat rasmi ditandatangani Timbalan Yang Dipertua Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang, Datuk Seri Wan Abdul Wahid Wan Hassan kepada Pengarah Jabatan Agama Islam Pahang.

Menurut surat berkenaan, perlaksanaan itu dibuat selepas Mufti Pahang, Datuk Seri Abdul Rahman Osman mengadakan perbincangan dengan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang.- MalaysiaGazette