Keith Foo dan isteri.

KUALA LUMPUR – Pelakon yang semakin menyepi, Keith Foo bergelar bapa selepas isterinya, Kim Raymond selamat melahirkan anak perempuan, pada petang semalam.

Menerusi laman sosial Instagramnya, aktor yang pernah popular menerusi drama Ariana Rose ini berkongsi kegembiraan tersebut dengan memuat naik foto menunjukkan sebahagian jari-jemari permata hatinya itu.

“I never though I would fall in love with another girl but today I did” (Saya tidak pernah terfikir untuk jatuh cinta pada perempuan lain tetapi hari ini saya lakukan,” tulisnya sebagai kapsyen pada gambar tersebut.

.Gambar tersebut medapat ribuan ‘like’ serta dihujani ucapan tahniah daripada kalangan pengikutnya.

Keith Foo atau nama sebenarnya, Foo Chuan Chin berkahwin dengan model Kim Raymond pada 30 November 2015. – MalaysiaGazette