Manodh Marks

MELBOURNE – Lelaki yang menimbulkan ancaman bom dalam pesawat MH128 Malaysian Airlines gagal hadir ke mahkamah Australia kerana berasa tidak selamat, kata peguamnya.

Pesawat MH128 yang berlepas ke Kuala Lumpur terpaksa berpatah balik ke Melbourne selepas Manodh Marks cuba memasuki kokpit, kata polis.

Pihak berkuasa Sri Lanka berkata, lelaki itu tidak ada membawa bahan letupan dan kejadian yang berlaku bukan insiden pengganas.

Beliau berasa teruk ketika dalam tahanan dan memerlukan bantuan perubatan, kata peguam kepada mahkamah.

Marks, yang menetap di Australia dengan menggunakan visa pelajar, dituduh membahayakan keselamatan pesawat dan membuat ancaman atau pernyataan palsu.

Beliau telah meminta untuk mendapatkan rawatan kesihatan mental dan bimbang tentang keselamatannya disebabkan umur dan keadaannya.

Kes itu didengar di Mahkamah Majistret Melbourne.

Polis Victoria berkata, peranti yang dibawa suspek adalah ‘sejenis speaker’, bukan bahan letupan.

Sementara itu, pihak berkuasa berkata, mereka berada dalam tekanan untuk menjelaskan masa yang diambil menaiki kapal terbang dan menangkap Marks selepas pesawat berkenaan mendarat di lapangan terbang Melbourne.

Menurut media tempatan, 337 penumpang dan anak kapal terpaksa menunggu sehingga 90 minit sebelum ketibaan pihak berkuasa.

Ketua Polis Victoria, Graham Ashton berkata, polis pada mulanya bersedia untuk menangani keadaan sebagai kejadian keganasan, sebelum memutuskan ia adalah “kes yang melibatkan isu kesihatan mental”. – MalaysiaGazette