LONDON – Pengurus Arsenal, Arsene Wenger mengakui salah satu penyesalan terbesarnya adalah apabila gagal memiliki pemain seperti Michael Carrick yang disifatkan salah seorang pemain hebat dalam bola sepak Inggeris.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Michael untuk perlawanan testimoni beliau. Saya rasa beliau berhak mendapatkan perlawanan itu (penghargaan). Saya berkata secara peribadi bahawa saya seorang yang mengagumi kerjayanya, kualiti beliau,” katanya.
“Salah satu penyesalan apabila saya tidak pernah mempunyai seorang pemain sepertinya kerana saya fikir dia adalah salah seorang pemain terbaik dalam bola sepak Inggeris.
“Saya percaya juga bahawa dia tidak sentiasa mendapat ganjaran dan penghormatan, jadi pengiktirafan ini adalah berhak untuk dirinya terima.
“Saya mengharapkan yang terbaik untuk Michael pada masa depan,” katanya. – MalaysiaGazette