Choi Seung-hyun

SEOUL – Penyanyi popular Korea, Choi Seung-hyun atau T.O.P kini dirawat unit rawatan rapi selepas disyaki mengambil terlebih dos dadah.

Beliau yang kini menjalani perkhidmatan mandatori ketenteraan sebagai anggota polis ditemui tidak sedarkan diri di balai polis, tempatnya bertugas.

Penyanyi berusia 29 tahun itu tidak berada dalam keadaan yang boleh mengancam nyawa, tetapi tidak responsif.

T.O.P adalah ahli kumpulan Bigbang, salah satu band yang paling berjaya di dunia.

“Keadaan Choi sangat teruk,” kata salah seorang doktor kepada AFP.

Pegawai perubatan penyanyi itu memberitahu Korea Herald Choi disyaki telah menggunakan benzodiazepine berlebihan.

Benzodiazepine digunakan sebagai penenang untuk merawat keresahan.

“Dia pengsan dan berada dalam keadaan sangat mengantuk, hanya bertindak balas kepada rangsangan yang sangat kuat.

“Dia masih tidak bernafas dengan baik tetapi semakin pulih. Kami sedang cuba untuk merawat dia tetapi dia dalam keadaan tidak responsif.”

Akhbar itu berkata, doktor percaya penyanyi itu dapat pulih dalam seminggu.

T.O.P. pernah terlibat dalam penggunaan ganja menyebabkan dia dihukum menjalani perkhidmatan wajib di sebuah balai polis di mewah Gangnam. – MalaysiaGazette