PEGAWAI Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) (belakang) direman tiga hari di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pagi ini bagi membantu siasatan kes memeras ugut polis.

BUKIT MERTAJAM – Polis melanjutkan reman Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang didakwa memeras wang daripada seorang anggota polis.

Perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Nurulrasyidah Mohd Akit sehingga Rabu ini.

Suspek yang berusia 37 tahun dan bertugas di Unit Risikan Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu diberkas dalam operasi khas di hadapan sebuah restoran nasi kandar di Machang Bubok di sini.

Menurut sumber, suspek dikatakan sudah dua tahun melakukan kegiatan memeras ugut dengan meminta wang daripada pegawai polis kononnya untuk melindungi aktivi pusat perjudian.

Kes bekenaan disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan. – MalaysiaGazette