Lorenzo Insagne

LONDON – Juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea mengintai pemain Napoli Lorenzo Insigne sebagai pengganti Eden Hazard di Stamford Bridge musim depan.

The Blues dilaporkan bersedia menerima tawaran besar dari Real Madrid untuk bintang sayapnya, Hazard.

Nilai Insigne ditetapkan pada £45 juta yang harus dibayar kelab yang ingin mendapatkan khidmatnya.

Pengurus Chelsea, Antonio Conte menawarkan pendapatan sebanyak £300,000 seminggu kepada Hazard, sekali gus menjadikan pemain berpendapatan tinggi di Stamford Bridge.

Namun Hazard dikatakan masih belum memberi sebarang respon untuk kontrak baharu itu.

Conte dikatakan takut kehilangan pemain antarabangsa Belgium itu dan terus menghubungi agen Insigne mengenai peluang mendapatkan khidmat pemain tersebut.

Conte dilaporkan hendak menggunakan pengaruhnya untuk mendapatkan pemain Napoli itu.

Conte pernah bersama Insigne, 26, semasa mengendalikan pasukan kebangsaan Itali pada tahun 2015.

Insigne menjaringkan 20 gol bersama Napoli pada musim lalu dan dikategorikan pemain paling sesuai untuk menggantikan Hazard di Chelsea.

Insigne mempunyai kontrak sehingga 2022 bersama Napoli tetapi Chelsea sanggup menggandakan pendapatannya sehingga £200,000 seminggu untuk mendapatkan khidmat pemain itu.