Orang ramai di Los Angeles melakukan demonstrasi di lapangan terbang bagi membantah larangan perjalanan oleh Donald Trump. foto Agensi

WASHINGTON – Mahkamah Rayuan Amerika Syarikat mengekalkan keputusan menyekat ‘larangan perjalanan’ yang dibuat oleh Presiden Donald Trump kepada enam negara Islam.

Kes yang dibawa oleh Hawaii.

Hakim-hakim Mahkamah Rayuan mendapati perintah eksekutif itu melanggar perundangan imigresen sedia ada.

Dengan keputuan itu, ia adalah satu halangan undang-undang selanjutnya bagi Trump mengotakan janjinya semasa kempen presiden.

Peguam Negara Jeff Sesyen berkata, beliau tidak bersetuju dengan keputusan itu.

“Perintah eksekutif Trump bertujuan memastikan negara dalam keadaan selamat,” katanya sambil menambah serangan-serangan sejak kebelakangan ini mengesahkan ancaman kepada rakyat adalah serta-merta dan nyata.

Pertikaian itu boleh berakhir dengan keputusan Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Larangan pengembaraan awal oleh Trump dikeluarkan beberapa hari selepas beliau memasuki pejabat menimbulkan bantahan dan kekeliruan di lapangan-lapangan terbang.

Dalam perintah eksekutif yang disemak semula, larangan 90 hari adalah untuk pemohon dari Iran, Libya, Syria, Somalia, Sudan dan Yaman.

Beliau juga mengeluarkan perintah pengharaman sela,a 120 hari kepada semua pelarian, tetapi dikeluarkan rujukan kepada agama minoriti.

Semasa kempen pilihan raya, Trump secara total mahu mengharamkan kemasukan Muslim ke Amerika Syarikat.

Mengulas keputusan itu, jurucakap White House, Sean Spicer yang mempertahankan perintah eksekutif berkata: “Kita perlu setiap alat yang ada di tangan untuk mencegah pengganas memasuki Amerika Syarikat dan melakukan perbuatan pertumpahan darah dan keganasan”.

“Kami yakin perintah eksekutif presiden bertujuan melindungi negara ini sepenuhnya, akhirnya akan diputuskan oleh Mahkamah Agung,” tambah Spicer. – MalaysiaGazette