KUALA LUMPUR – Seorang tukang cuci kritikal setelah terkena renjatan elektrik dipercayai ketika sedang menghalau burung di kabel elektrik awal pagi tadi.

Kejadian dipercayai berlaku di KTM Sentul ketika mangsa cuba menghalau burung yang bertenggek di kabel elektrik menggunakan batang aluminium.

Kejadian sempat dirakam pengguna KTM yang lalu lalang di kawasan berkenaan.

Dalam video 14 saat itu memaparkan wanita berkenaan terbaring kaku dengan badannya sudah terbakar disebabkan terkena renjatan elektrik.

Terdapat lima lelaki cuba untuk menyelamatkan mangsa, namun keadaan sebenar mangsa masih tidak dapat diketahui. -MalaysiaGazette.