Home Nasional 4 remaja serang Nhaveen hadapi pertuduhan membunuh

4 remaja serang Nhaveen hadapi pertuduhan membunuh

GEORGETOWN – Empat remaja yang didakwa terlibat dalam menyerang T. Nhaveen, bakal menghadapi pertuduhan membunuh petang ini.

Ketua Polis George Town, Asisten Komisioner Anuar Omar dalam satu kenyataan berkata, kes itu pada asalnya disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh dengan senjata telah diklasifikasikan semula sebagai kes bunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Menurut beliau, keempat-empat suspek yang berusia antara 16 dan 18.

Empat suspek juga akan didakwa di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah kepada T. Previin, rakan Nhaveen semasa kejadian berlaku.

Anuar berkata, suspek lelaki berusia 18 tahun yang bersama-sama dengan empat remaja terbabit akan dilepaskan dengan bon dan menjadi saksi pendakwaan.

Nhaveen meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang pada 15 Jun selepas mengalami mati otak akibat mengalami cedera parah. – MalaysiaGazette