Pasukan Hoki Malaysia.

KUALA LUMPUR – Malaysia menewaskan India 3-2 dalam perlawanan suku akhir, Pusingan Separuh Akhir Liga Hoki Dunia di London pada Khamis, untuk melayakkan diri ke Piala Dunia Hoki Lelaki 2018 yang bakal berlangsung di India.

Tempat keempat teratas sudah mencukupi untuk skuad bimbingan Stephen Van Huizen melayakkan diri ke Piala Dunia untuk kali kelapan selepas layak sebanyak tujuh kali – 1973, 1975, 1978, 1982, 1998, 2002 dan 2014.

Dalam perlawanan menentang India di Pusat Hoki dan Tenis Lee Valley yang disiarkan menerusi sebuah stesen televisyen berbayar, Malaysia mendahului menerusi pakar pukulan sudut, Muhammad Razie Abdul Rahim pada minit ke-19 sebelum Tengku Ahmad Tajuddin Tengku Abdul Jalil menambah jaringan, seminit kemudian.

Kejayaan pasukan Malaysia cukup dramatik sebelum ini kerana selepas tewas kepada Argentina 2-5 dan England 3-7 tetapi bangkit dan menghidupkan peluang selepas menewaskan Korea Selatan 1-0 dan China 5-1.

Semalam pasukan Malaysia juga berjaya menewaskan India dan terbukti pasukan kita bukan belasahan lagi seperti sebelum ini.- MalaysiaGazette