KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan proses permohonan cadangan
(RFP) untuk pemaju induk pembangunan Bandar Malaysia pada hari ini.

Dokumen RFP ini adalah untuk mendapatkan cadangan paling menyeluruh berdasarkan
penggunaan tertinggi dan terbaik untuk pembangunan yang dicadangkan.

Kementerian Kewangan berkata, pencadang perlu menunjukkan bagaimana cadangan memberi tumpuan dan penekanan kepada tema utama bagi perkhidmatan kepada rakyat dan kepentingan negara.

Syarikat dan konsortium yang berminat perlu memenuhi kriteria berikut:

  1. Gabungan syarikat Fortune 500 untuk memastikan kekuatan kewangan;

  2. Gabungan sebuah syarikat yang telah menghasilkan secara kumulatif 3 tahun lepas
    tidak kurang daripada RM50 bilion hasil daripada keseluruhan rantaian nilai hartanah

  3. Berpengalaman dalam projek pembangunan harta tanah berkualiti antarabangsa.

RFP boleh diambil mulai 5 Julai 2017 daripada Pejabat Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan, Tingkat 10, Pusat Blok, No. 5, Persiaran Perdana, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,62592 Putrajaya, Malaysia. Tel. No.: 03-88823406 / 03-8882 3336.- MalaysiaGazette