Gambar hiasan

NEW DELHI – India menggantikan pelbagai cukai Persekutuan dan negeri dengan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) mulai hari ini.

Penambahbaikan undang-undang sedia ada itu tela dilaksanakan pada sesi Parlimen khas tengah malam tadi.

India memperkenalkan GST bagi mengurangkan birokrasi dan meningkatkan pendapatan cukai untuk memacu pertumbuhan ekonomi.

Menteri Kewangan Arun Jaitley berkata, pembaharuan itu akan membantu ekonomi berkembang sebanyak 2.0 peratus.

Bagaimanapun sektor perniagaan meminta lebih banyak masa untuk melaksanakan pembaharuan yang dikhuatiri tidak seiring dengan sistem baharu.

Malah, masih ramai ahli perniagaan yang belum memiliki komputer untuk berdaftar dengan sistem GST.

Di bawah sistem baharu itu, barangan dan perkhidmatan akan dikenakan cukai di bawah empat kadar asas iaitu 5.0 peratus, 12 peratus, 18 peratus dan 28 peratus.

Beberapa barangan seperti sayuran dan susu dikecualikan daripada GST tetapi tertakluk kepada cukai sedia ada.