SEOUL – Korea Utara melancarkan peluru berpandu balistik dari rantau barat ke laut pantai timurnya, kata tentera Korea Selatan.

Bedilan itu dibuat menjelang sidang kemuncak pemimpin G20 di Jerman minggu ini.

Peluru berpandu itu berada di ruang udara selama 40 minit dan mungkin mendarat di Zon Ekonomi Eksklusif Jepun (EEZ), kata kerajaan Jepun, sambil menambah ia telah protes pelanggaran jelas terhadap resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Senjata itu telah dilancarkan kira-kira pukul 0040 GMT dari medan udara Panghyon, kira-kira 100 kilometer barat laut dari Pyongyang, kata tentera Korea Selatan.

Kali terakhir pelancaran peluru berpandu oleh Pyongyang pada awal bulan Jun lalu,

Para pemimpin Amerika Syarikat, China, Jepun dan Korea Selatan dijangka membincangkan usaha untuk mengekang ujian nuklear dan peluru berpandu Korea Utara pada sidang kemuncak G20 pada 7 hingga 8 Julai ini.

Pyongyang didakwa berusaha membangunkan peluru berpandu nuklear yang mampu sampai ke Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette