Eric Dier

MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho mahu melengkapkan antara tiga hingga empat penting musim panas ini dengan terbaharu  sedang memburu pemain antarabangsa England, Eric Dier.

Bintang Tottenham Hotpurs itu dianggarkan bernilai sekitar £50 juta.

Naib Pengerusi Eksekutif United, Ed Woodward dikatakan telah berhubung dengan Pengerusi Spurs, Daniel Levy dan berharap untuk mencapai persetujuan.

Pengrus, Mauricio Pochettino dilaporkan enggan melayan dan menolak awal cadangan tersebut.

Dier dikatakan menjadi pilihan kerana pemain England itu mampu bermain di bahagian tengah dan bek tengah.

Mourinho bagaimanapun melihatnya sebagai pemain tengah dan percaya dia boleh menjadi pengganti jangka panjang untuk Michael Carrick apabila dia menggantung but tidak lama lagi.

Carrick akan berada di Old Trafford untuk satu lagi musim tetapi Dier akan menjadi pemain tambahan yang dialu-alukan untuk skuad Mourinho. – MalaysiaGazette