Zlatan Ibahimovic

MANCHESTER – Manchester United dalam perancangan mahu menandatangani khidmat seorang lagi penyerang bertaraf dunia selepas selesai mendapatkan Romelu Lukaku.

Selain itu, Zlatan Ibrahimovic masih menjadi pemain pilihan kepada Jose Mourinho jika dia mampu pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang menjadi punca penamat karier pada musim ini pada April lalu.

Pemain berusia 35 tahun itu kini telah berada di Carrington untuk sesi pemulihannya namun dia perlu memuktamadkan keputusan selepas kembali sembuh.

United dilaporkan mahu menyambung kontrak lanjutan buat penyerang Sweden itu selama setahun sebelum dia mengalami kecederaan serius.

Ketika ini, terdapat minat kelab dari Amerika Syarikat dan China terhadap penyerang prolifik itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast