Home Nasional SPRM cari Mohamad Don

SPRM cari Mohamad Don

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang mengesan seorang lelaki bagi tujuan penyampaian notis menghadiri perbicaraan kes rasuah di Mahkamah Tinggi, Kuching, Sarawak pada 26
Julai ini.

Lelaki tersebut, Mohamad Don Adi Bin Morshidi, 35 yang memegang kad pengenalan 821008-13-5013 mempunyai alamat terakhir di No. 210, Kampung Tabuan, 93450 Kuching, Sarawak.

Mohamad Don Hadi turut mempunyai alamat surat-menyurat di No 732a Kampung Tabuan Lot No 3, Jalan Kampung Tabuan Melayu, 93450, Kuching, Sarawak.

Sehubungan itu, SPRM memohon agar individu tersebut tampil ke Mahkamah Tinggi Kuching, Sarawak pada tarikh tersebut.

Sekiranya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai individu tersebut, diminta hadir ke Pejabat SPRM Sarawak di alamat Kompleks Pejabat SPRM Sarawak, Lot 3894, Jalan Laksamana Cheng Ho, 93350 Kuching, Sarawak atau hubungi pegawai penyiasat, Ps Mohd Fadzli Haji Abd Manaf di talian 082-467701 / 012-3932731. – MalaysiaGazette