Siti Zabedah Kasim

KUALA LUMPUR – Ekoran menerima ugutan bunuh, peguam kontroversi Siti Zabedah Kasim, membuat laporan polis terhadap ancaman untuk memenggal kepala yang diterimanya.

Lebih dikenali sebagai Siti Kasim, beliau membuat laporan itu di balai polis Sentul, Kuala Lumpur semalam, terhadap seorang lelaki.

Memetik laporan The New Straits Times (NST), Siti Kasim berkata seorang lelaki telah memuat naik tulisan berkaitan isu lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) yang memetiknya secara salah.

Perkara itu dibuat lelaki itu pada 3 Julai lalu.

Pada 19 Julai, katanya, lelaki yang sama memuat naik artikel sama ke laman web sama, yang memetik beliau sebagai berkata “Jangan ikut Islam Arab, tapi Islam sebenar”.

Lelaki itu kemudian menulis: “Anjing menyalak bukit tidak lama sebelum bukit itu runtuh ke atasnya”. -MalaysiaGazette.