AHMEDABAB – Banjir besar yang melanda negeri perindustrian di barat India, Gujarat telah mengorbankan lebih 120 nyawa serta melumpuhkan infrastruktur, kata pihak berkuasa dengan puluhan ribu penanam kapas menghadapi kerosakan teruk.

Hujan monsoon dan banjir sejak beberapa minggu lalu telah mengorbankan sekurang-kurangnya 300 orang di negeri-negeri sebelah barat dan timur, demikian menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan kepada reuters di New Delhi.

“Pasukan kami sedang bekerja di pelbagai bahagian di India dengan askar-askar dikerahkan untuk mengurangkan beban mangsa,” kata pegawai bilik kawalan kecemasan, Deepak Ghai.

Lebih sejuta isi rumah terjeas dan kerugiaan terhadap ladang-ladang tanaman masih lagi belum diketahui.

Lapangan terbang di Ahmedabad, hab komersial utama Gujarat yang mana sebahagiannya ditenggelami banjir menyebabkan beberapa pesawat terpaksa mengubah laluan manakala lebih 150 kilang terpaksa ditutup.- MalaysiaGazette