KUALA LUMPUR – Sebaik sahaja kontroversi melibatkan adik kepada pelakon Anzalna Nasir dan Alif Aziz menjadi tajuk berita semalam, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di pusat karaoke melibatkan pasangan ini pula tersebar.

Rakaman CCTV itu memaparkan Afifah Nasir dan Alif berpegangan tangan manakala sebuah lagi video turut tersebar dipercayai ketika isteri artis berasal dari Singapura itu ‘menyerang’ suaminya di pusat karaoke itu.

Namun video itu hanya berdurasi pendek dan kelihatan kabur.

Akibat penyebaran video tersebut, Afifah dan Alif kini menjadi mangsa kecaman netizen.

Ini kerana Afifah telah memberi komen dia dan Aliff pergi ke pusat karaoke itu atas urusan produksi drama. Namun perlu ke sampai berpegang tangan.

Afifah turut mendakwa wujud salah faham berhubung insiden tersebut dan memberitahu isu berkenaan akan dijawab wakil produksi.

Pada masa sama, netizen mencabar Alif dan Afifah menjawab mengenai video mereka sedang berpengangan tangan yang sedang tular. – MalaysiaGazette

Video Aliff Aziz & Afifah Nasir tersebar.

A post shared by MalaysiaGazette.com (@malaysiagazette) on