Stesen televisyen memaparkan ujian peluru berpandu balistik antara benua oleh Korea Utara pada bulan Jun lalu, foto Reuters

PYONGYANG – Korea Utara telah berjaya menjalankan satu lagi ujian peluru berpandu balistik antara benua (ICBM) yang membuktikan keupayaannya untuk Amerika Syarikat.

Ujian itu merupakan amaran keras kepada Presiden Donald Trump dan penolakan dari China.

Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un sendiri mengawasi pelancaran peluru berpandu yang dibuat pada tengah malam pada malam Jumaat.

Jong un dilaporkan telah memberi ‘amaran tegas’ kepada Amerika Syarikat bahawa negaea itu tidak akan selamat dari kemusnahan jika ia cuba menyerang, agensi berita rasmi KCNA.

Stesen televisyen Korea Utara memaparkan rakaman yang menunjukkan peluru berpandu dilepaskan dalam ledakan ketika waktu malam dan Jong-un serta tentera bersorak.

“Ujian mengesahkan kebolehpercayaan dan keupayaan sistem ICBM untuk dilancarkan di mana-mana rantau dan tempat, pada bila-bila masa dan dengan jelas membuktikan bahawa seluruh tanah besar Amerika Syarikat berada dalam radar serangan peluru berpandu,” kata Jong-un, lapor KCNA.

Pelancaran itu dibuat kurang daripada sebulan selepas Korea Utara melakukan ujian ICBM pertama dalam usaha menentang usaha yang diketuai oleh Amerika Syarikat, Korea Selatan dan Jepun untuk mengekang cita-cita senjata nuklear Pyongyang. – MalaysiaGazette