Nemanja Matic

MANCHESTER – Pengurus Jose Mourinho tampil memberi komen mengenai pemain baharu, Nemanja Matic yang secara rasmi telah menyertai Manchester United semalam.

“Nemanja adalah pemain Manchester United dan pemain Jose Mourinho.

“Dia memiliki semua yang kita mahu dalam pemain bola sepak aiitu kesetiaan, konsistensi, cita-cita, dan pemain berpasukan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kerana hasratnya untuk menyertai kami kerana tanpa itu, mustahil untuk dirinya berada di sini.

“Saya yakin pemain dan penyokong kami akan menyukainya. Selamat datang pemain baru kami bernombor 31,” katanya.-MalaysiaGazette