Bekas Ketua Bahagian UMNO Batu Kawan Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan hari ini menarik balik samannya terhadap ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low, Datin Seri Rosmah Mansor dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).
Khairuddin Abu Hassan

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mendedahkan rakaman pertemuannya dengan Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Memetik laporan sebuah laman portal, Khairuddin yang juga Koordinator Deklarasi Rakyat mendakwa yakin Timbalan Perdana Menteri itu berbohong.

“Buat satu salinan kepada saya untuk dimuatnaik dalam YouTube. Saya sanggup bantu TPM ini,” katanya sebagai merujuk kepada penafian Ahmad Zahid semalam.

Semalam Ahmad Zahid mengaku bertemu dengan Mahathir beberapa hari selepas beliau dilantik menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri pada tahun 2015.

Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan dakwaan Mahathir yang pertemuan itu bagi melobi sokongannya untuk menumbangkan Datuk Seri Najib Razak, sebaliknya mendakwa pertemuan itu dirakamkannya, malah direstui Najib.

Khairuddin turut mempersoalkan dakwaan Zahid baru-baru ini mengenai kad pengenalan Dr Mahathir yang tertera nama penuh sebagai “Mahathir a/l Iskandar Kutty”.

“Secara jujur dan ikhlas saya kasihan tengok gelagat Zahid Hamidi sejak kebelakangan ini.

“Inilah masalahnya bila orang agama masuk politik. Kebanyakan daripada mereka akan jadi haru-biru,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast