Bekas pensyarah kerugian RM1,8777,000 selepas ditipu oleh seorang yang mendakwa dirinya Pegawai Telekom Malaysia’ (TM).- Gambar hiasan.

SEREMBAN – Seorang peniaga dalam bidang keselamatan teknologi kehilangan RM200,000 selepas tertipu oleh pegawai Bank Negara palsu yang memperdayakan bahawa kad kreditnya telah disalah guna.

Peniaga itu hanya menyedari dirinya dijerat apabila panggilannya dijawab dalam bahasa Rusia apabila cuba membuat semakan dengan ‘Bank Negara Malaysia’.

Walaupun Bank Negara telah memberi peringatan melalui pelbagai saluran mengenai Macau Scam tersebut, tetapi malangnya masih ada yang tersilap jejak ke dalam perangkap penipuan.

China Press melaporkan, mangsa wanita berumur 50 tahun itu telah menyalurkan tunai bernilai RM250,000 daripada lima akaun bank ke dalam ‘akaun rahsia Bank Negara’ selepas dimaklumkan bahawa kad kreditnya disalah guna.

Mangsa yang berasal dari Seremban telah menerima panggilan penipuan pada 17 Julai lalu yang memaklumkan bahawa kad kreditnya telah digunakan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.

Selepas berhubungan dengan dua ‘pegawai Bank Negara’, mangsa yang berniat melindungi wang dalam akaunnya telah memindahkan semua duit ke dalam ‘akaun rahsia Bank Negara’.

Mangsa memberitahu, dirinya terpedaya apabila pihak penipu menyebut nama penuh berserta nombor kad pengenalan lama dan baharunya.

Ahli Majlis Perbandaran Seremban, Yap Siok Moy pula berkata, mangsa yang cemas semasa diberitahu kad kreditnya disalah guna telah mendedahkan banyak maklumat peribadi kepada penipu.

Keadaan itu seterusnya membolehkan penipu menggunakan maklumat berkenaan untuk menjerat mangsa.