BARCELONA, SPAIN - MAY 21: Sergi Roberto of FC Barcelona runs with the ball during the La Liga match between Barcelona and Eibar at Camp Nou on 21 May, 2017 in Barcelona, Spain. (Photo by David Ramos/Getty Images)

LONDON – Pemain serba boleh Barcelona, Sergi Roberto kini menjadi rebutan antara Manchester United dan Chelsea.

Pemain berusia 25 tahun boleh beraksi di bahagian tengah dan pertahanan dan kriteria itu menarik minat pengurus United, Jose Mourinho.

United sebelum ini telah membuat bidaan bernilai 36 juta pound namun hasrat itu diganggu oleh pengendali Chelsea, Antonio Conte.

Ini kerana pengendali Itali itu mahu memperkuatkan benteng pertahanan Chelsea selepas membenarkan Nemanja Matic berhijrah ke Old Trafford.

Namun Barca dikatakan tidak sanggup kehilangan Roberto pada musim panas ini apabila menolak tawaran pertama United sebelum ini.

Pada masa sama, Roberto meluah rasa gembira biarpun kedudukannya dalam barisan akan tergugat dengan kehadiran Nelson Semedo.

Dalam pada itu, Barca turut memburu khidmat bekas pemain Tottenham, Paulinho yang juga akan menjejaskan peluang Roberto untuk diturunkan lebih kerap.

Susulan itu, United mahu menyambar khidmatnya sebelum jendela perpindahan pemain ditutup kerana Roberto bakal mengisi bangku simpanan musim depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast