Foto Instagram Wany Hasrita

KUALA LUMPUR – Penyanyi Wany Hasrita akhirnya berjaya menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan di Management & Science University (MSU) di Shah Alam, semalam.

Menerusi laman Instagram miliknya, Wany memuatnaik gambarnya lengkap berpakaian konvokesyen.

Dalam pada itu, Wany, 25, merancang untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana tetapi bukan dalam waktu terdekat ini.

Wany atau nama sebenarnya,  Nurshazwany Hasrita Hasbullah popular dengan lagu Menahan selain lagu duet bersama Tajul Arif, Di Sana Cinta Di Sini Rindu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast