Valtteri Bottas memulakan rundingan kontrak baharu bersama Mercedez F1 bagi menentukan masa depannya.- SkySports

FINLAND – Pasukan Formula Satu (F1) Mercedez memulakan rundingan awal mengenai kontrak baharu bersama pelumbanya Valtteri Bottas hari ini.

Pengurus pasukan itu Toto Wolff berhadap rundingan pembaharuan kontrak pelumba itu diharap dapat dimuktamadkan menjelang Grand Prix Terbuka Singapura September ini.

Bottas menyertai the Silver Arrows dari William pada Januari lalu dengan mempersetujui kontrak setahun.

Bottas dibeli sebagai menggantikan Nico Rosberg yang bersara lima hari selepas menjuarai kejuaraan dunia pada tahun 2016.

Valtteri Bottas tidak mahu bertindak terburu-buru dalam membincangkan masa depannya bersama Pasukan Mercedez.Photo Skysports

Pelumba warga Finland itu telah menang dua perlumbaan dan kini menduduki rangking ke tiga kejuaraan kali ini selepas 11 perlumbaan dengan 33 mata di belakang pendahulunya Sebastian Vettel dari Ferrari.

Wolff sebelum ini tidak mahu mengulas sama ada Bottas akan terus dikekalkan sebagai rakan sepasukan Lewis Hamilton pada tahun 2018.

Namun dia mengakui di GP Hungary bahawa pihaknya mengharapkan progress positif dalam isu kontrak Bottas.

“Kami telah mengadakan sesi perbualan yang baik bersama Bottas sebelum Terbuka Hungary,” katanya.

Bottas menang podium pertama F1 pada terbuka Rusia April lalu dan yang kedua di GP Terbuka Austria.

Pelumba berusia 27 tahun itu dia tidak mahu terburu-buru mengenai kontraknya bersama Mercedez.

“Agak sukar untuk mengadakan perbincangan baik disebabkan perlumbaan yang begitu padat.

“Tidak perlu terburu-buru sehingga GP terbuka Sepanyol selesai,” ujarnya.- MalaysiaGazette