Michal Kwiatkowski telah menyambung kontrak bersama pasukan Pelumba Basikal Team Sky selama tiga tahun lagi. SkySports

POLAND – Michal Kwiatkowski komited masa depannya bersama pasukan basikal Team Sky.

Kwiatkowski menyambung kontrak bersama Team Sky untuk tiga tahun akan datang sehingga tahun 2020.

Pelumba warga Poland itu terus mendominasi perlumbaan Tour de France apabila rakan pasukannya Chris Froome berjaya menyarung jersi kuning kali ketiga berturut-turut Julai lalu.

Kwiatkowski telah memenangi perlumbaan di Strade Bianche, MIlan San Remo dan Clasica San Sebastian musim ini selain memainkan pranan sebagai pelumba utama kepada Froome untuk mengungguli peringkat Raja Bukit.

Bekas juara dunia berusia 27 tahun itu berkata;”Saya telah mendapat sokongan yang baik daripada pasukan Team Sky sejak dua musim lalu semasa saya menghadapi saat sukar.

“Saya baru setahun setengah bersama pasukan ini tetapi merasakan seperti ahli lama.

“Itulah yang saya perlukan dalam Team Sky sebagai satu keluarga melainkan ia akan menjadi laluan sukar.

“Saya gembira untuk menjadi sebahagian daripada keluarga Team Sky dan percaya masa depan saya adalah di sini untuk menang lebih banyak kejuaraan bersama pasukan ini,” ujarnya.

Team Sky menerusi Twitter rasminya mengumumkan penyambungan kontrak selama tiga tahun oleh Kwiatkowski.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast