Home Dunia Serangan siber lumpuh 7 juta pengguna telefon bimbit

Serangan siber lumpuh 7 juta pengguna telefon bimbit

Gambar hiasan

CARACAS – Serangan siber secara besar-besaran yang melumpuhkan laman-laman web kerajaan di Venezuela awal minggu ini, juga menjejaskan sebanyak tujuh juta pengguna telefon bimbit .

Kumpulan yang menggelar ‘The Binary Guardians mengaku bertanggungjawab terhadap serangan yang mensasarkan laman-laman web kerajaan, mahkamah agung dan Parlimen.

“Tindakan pengganas ini menjejaskan platform GSM Movilnet hingga mengakibatkan komunikasi 7 juta daripada 13 juta pengguna terjejas,” kata Menteri Sains dan Teknologi, Hugbel Roa.

Venezuela mempunyai dua pengendali telefon mudah alih iaitu Movistar dan Digitel.

Roa berkata, gangguan itu adalah sebahagian daripada serangan gelombang serangan yang bermula pada hari Isnin apabila berpuluh-puluh laman web syarikat kerajaan dan swasta digodam.

Terdapat juga sembilan pemotongan di rangkaian gentian optik negara, yang telah memusnahkan perkhidmatan Internet ke tujuh negeri.

“Serangan itu dilakukan dengan bantuan agen asing, yang cuba sekali lagi mengganggu penyambungan negara kita,” kata Roa sambil menambah insiden itu sedang disiasat. – MalaysiaGazette