Diego Costa -The Sun

LONDON – Diego Costa telah memulakan proceeding saman ke atas Chelsea semalam.

Pemain antarabangsa Sepanyol itu berang dengan the Blues yang enggan meluluskan niatnya untuk kembali ke kelab lamanya, Atletico Madrid.

Ketua Jurulatih, Antonio Conte berkata, pihaknya tidak menerima sebarang berita mengenai Costa.

“Kami tidak pasti kedudukan terkini Costa,” katanya apabila ditanya bila Costa akan kembali berlatih di Stamford Bridge.

Minggu lalu Chelsea menolak dakwaan peguam Costa bahawa Conte memaksa pemain itu meninggalkan kelab tersebut.

Namun media difahamkan proses undang-undang sedang diteruskan peguam Costa ke atas kelab itu.

Bagaimanapun, menurut Costa, keputusan telah dicapai pada Januari lalu bersama agen, Jorge Mendes bahawa pemain itu akan meninggalkan Stamford Bridge akhir musim ini.

Costa berhijrah ke Chelsea dari Atletico Madrid pada Julai 2014. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast