Home Dunia 45 terbunuh, bas terhumban dalam tanah runtuh

45 terbunuh, bas terhumban dalam tanah runtuh

Anggota tentera terlibat dalam operasi dan mencari penumpang-penumpang bas yang hilang selepas kenderaan yang mereka naiki terhumban dalam tanah runtuh. foto Agensi

DELHI – Sekurang-kurangnya 45 orang penumpang terbunuh apabila dua bas terhumban akibat berlaku tanah runtuh di utara India.

Kejadian itu berlaku semasa bas-bas berkenaan berhenti berehat di kawasan berkenaan ketika hujan lebat melanda di daerah Mandi, dekat Himachal Pradesh.

Tentera telah menyertai usaha pencarian. Lima orang telah diselamatkan dengan kecederaan parah, kata laporan.

Pasukan tentera telah dikerahkan untuk operasi dan menyelamat. Lima penumpang telah diselamatkan dengan kecederaan parah.

Jumlah kematian dijangka meningkat kerana ramai yang masih hilang.

Tanah runtuh biasa berlaku di India terutama pada musim tengkujuh dari bulan Julai hingga September.

Jalan raya, kira-kira 200 kilometer (124 batu) dari ibu negara Shimla, telah dibersihkan sepenuhnya.
Beberapa rumah dan kenderaan lain juga dimusnahkan.

Hujan lebat telah menjejaskan jutaan penduduk di 20 buah negeri di India. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast