Home Dunia Lebih 95,000 jemaah haji haram ditahan

Lebih 95,000 jemaah haji haram ditahan

Gambar hiasan. foto Agensi

MAKKAH – Sebanyak 95,400 jemaah haji tempatan tanpa izin telah dihantar pulang dari pelbagai pintu masuk Makkah dan tapak suci lain, menurut Jeneral Khaled Al-Harbi, komander Pasukan Keselamatan Haji.

Beliau berkata, sejumlah 47,700 kenderaan yang membawa jemaah haram telah ditarik balik dalam tempoh antara 19 Julai dan 12 Ogos.

Pasukan keselamatan, katanya, sentiasa berhati-hati untuk memastikan keselamatan terpelihara dalam semua aspek.

Beliau memberi amaran pasukan keselamatan akan menangani dengan tegas kepada mana-mana pihak yang cuba masuk ke bandar suci tanpa izin atau mereka yang mengusung jemaah haram.

Mereka yang didapati melakukan perbuatan itu akan diserahkan kepada pihak berkuasa dan dikenakan penalti.

Al-Harbi menyeru rakyat dan ekspatriat untuk bekerjasama dengan pasukan keselamatan dalam mewujudkan persekitaran selamat untuk jemaah haji.

Setakat Ahad lalu, sejumlah 675,143 jemaah haji di seluruh dunia telah tiba di negara itu.

Daripada jumlah itu seramai 663,860 jemaah melalui udara, 10,796 melalui darat dan 487 melalui laut.

Jumlah itu menyaksikan peningkatan sebanyak 17 peratus jemaah berbanding tempoh yang sama tahun lalu. – MalaysiaGazette