Home Dunia Trump puji Kim Jong-un

Trump puji Kim Jong-un

Donald Trump

WASHINGTON – Presiden Donald Trump memuji pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un atas keputusan yang bijak untuk tidak melancarkan peluru berpandu ke wilayah Amerika Syarikat di Guam.

Tindakan Korea Utara itu disifatkan telah merendahkan ketegangan antara kedua negara.

Trump telah memberi amaran kepada Korea Utara minggu lalu bahawa negara itu akan menghadapi “kebakaran dan kemarahan” jika ia mengancam Amerika Syarikat.

Korea Utara kemudian menyatakan sedang mempertimbangkan untuk melancarkan peluru berpandu ke Guam selepas rancangan itu diumumkan pada minggu lalu, sementara menunggu apa tindakan Amerika Syarikat selanjutnya.

“Kim Jong-un telah membuat keputusan bijak. Alternatif itu akan menjadi malapetaka dan tidak dapat diterima!,” kata Trump melalui Twitternya.

Korea Utara tidak mengendahkan amaran Amerika Syarikat dan dari sekutu utamanya, China supaya menghentikan ujian nuklear dan peluru berpandu yang ia lakukan dalam menentang resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Setiausaha Agung PBB, Antonio Guterres berkata, ia adalah masa untuk mengurangkan pertelingkahan dan meningkatkan diplomasi terhadap Korea Utara.

Malah, Gutteres telah memaklumkan kepada Rusia, Jepun, Amerika Syarikat, China dan Korea Utara serta Korea Selatan bahawa beliau bersedia membantu.

“Pejabat saya sentiasa tersedia – dan saya menyampaikan mesej ini semalam kepada wakil-wakil rundingan enam pihak,” kata Guterres kepada wartawan.

Tambah beliau: “Penyelesaian krisis ini mesti menjadi politik. Potensi akibat dari tindakan ketenteraan adalah terlalu mengerikan.” – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast