Bandar Venice dikeluarkan arahan baharu polis akan menembak mati individu yang melaungkan perkataan Allahu Akbar di tempat awam lokasi pelancongan dunia itu.The Sun

VENICE – Datuk Bandar Luigi Brugnaro kawasan tumpuan pelancongan iaitu Venice dilaporkan mengeluarkan arahan terbaharu mengelak serangan keganasan di bandar popular dunia itu.

The Sun melaporkan bahawa, Brugnaro mengarahkan pegawai polis di Vanice supaya menembak mana-mana individu yang melaungkan perkataan Arab ‘Allahu Akbar’.

Katanya:” mana-mana individu di tempat awam yang melaungkan Allahu Akbar di Dataran St Mark dengan keadaan meragukan akan ditembak mati oleh penembak menghendap.

“Sudah wujud keperluan untuk kita mempertingkatkan kawalan keselamatan apabila timbul soal keganasan.

Datuk Bandar Venice, Itali mengarahkan polis supaya menembak mati mana-mana individu yang melaungkan ‘Allahu Akbar’ sebagai mencegah ancaman keganasan di negara itu. The Sun

“Empat pengganas telah dicekup beberapa bulan lalu kerana merancang meletupkan Jambatan Rialto.

“Mereka mendakwa mahu bertemu Allah, jadi kami menghantar mereka terus kepadaNya dengan menembak mati.

Pada Mac lalu, tiga warga Kosovo disyaki pengganas ditahan di Itali selepas merancang untuk meletupkan jambatan ikonik itu.

Perintah baharu yang dikeluarkan pemimpi penuh berkontroversi itu menerima sokongan para ahli majlis lain di situ.- MalaysiaGazette