Home Nasional Khalid bersara esok

Khalid bersara esok

Khalid Abu Bakar foto SAFWAN MANSOR

KUALA LUMPUR – Selepas 40 tahun berkhidmat dalam Polis Diraja Malaysia, Tan Sri Khalid Abu Bakar akan menamatkan perkhidmatannya sebagai Ketua Polis Negara pagi esok.

Majlis penyerahan tugas itu akan dihadiri oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Latihan Polis Jalan Semarak.

Khalid yang genap 60 tahun pada 5 September ini merupakan Ketua Polis Negara yang ke-10 yang dilantik memimpin pasukan polis sejak empat tahun lalu.

Beliau mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada 1976 sebagai inspektor. – MalaysiaGazette