Home Dunia Wanita maut dibedah oleh pelancong

Wanita maut dibedah oleh pelancong

Cawangan The Medi Beauty's di Sydney. foto Agensi

SYDNEY – Seorang wanita di Australia telah meninggal dunia selepas melakukan pembedahan payudara yang didakwa dilakukan oleh seorang pelancong China.

Jie Shao telah dituduh menyebabkan kemudaratan dan menggunakan racun untuk membahayakan nyawa.

Pesakit, Jean Huang, menderita pendarahan jantung selepas prosedur pembesaran payudara di klinik Sydney yang dimilikinya.

Shao yang memegang visa pelancong dikatakan hanya berada di Australia selama beberapa hari sebelum kejadian.

Huang, 35, dimasukkan ke hospital dalam keadaan kritikal selepas menjalani prosedur pada hari Rabu dan polis New South Wales mengesahkan kematiannya pada hari Jumaat.

Dokumen mahkamah mendakwa Shao, 33, menyuntik lidocaine, anestetik, serta “bahan membesar” yang dikenal pasti sebagai tramadol ke dalam dada Huang di klinik Medi Beauty.

Menurut media Australia, peguam Shao, Mary Underwood berkata, pelanggannya adalah lulusan universiti dan khusus dalam dermatologi dan merupakan pengamal di United Kingdom dan China.

Shao tidak dibenarkan diikat jamin.

Polis berkata, pihaknya sedang menimbang untuk mendakwa Shao kerana menyebabkan kematian.

Menurut laman web The Medi Beauty’s, pusat itu memiliki empat cawangan – satu di Sydney dan tiga lagi di Melbourne. – MalaysiaGazette