GREECE – Belgium muncul sebagai negara pertama dari benua Eropah layak ke Bola Sepak Piala Dunia Russia 2018.
Belgium menempah tiket ke kempen kejohanan berprestij dunia itu selepas menundukkan Greece 2-1 dalam aksi kelayakan pagi tadi.
Gol Jan Vertonghen dan Romelu Lukaku mengesahkan kemenangan Belgium ke atas Greece.
Kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada babak pertama.
Bagaimanapun, Vertonghen meletakkan pasukan dihadapan pada minit ke-70.
Bagaimanapun Goncalves Rodrigues bangkit menyamakan kedudukan terikat 1-1 tiga minit kemudian.
Tidak sampai seminit jaringan gol penyamaan, penyerang Manchester United Lukaku berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-74.
Gol itu meranapkan harapan Greece untuk mencipta kejutan ke atas Belgium pada aksi tersebut.
Dengan kemenangan itu Belgium mendahulu kumpulan H dengan 22 mata menerusi 8 perlawanan dengan berbaki dua perlawanan yang perlu diharungi lagi.
Rusia secara automatik menempah tiket ke temasya tahun depan sebagai tuan rumah.
Dalam perkembangan lain. Belanda dan Bulgaria menghidupkan kembali peluang untuk layak ke Rusia 2018.
Bosnia Herzegovina mara ke tempat kedua dalam kumpulan H dibelakang Belgium selepas menjinakkan Gilbraltar 4-0. – MalaysiaGazette