Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin bergambar bersama poster sambil diiringi Timbalan Pemuda UMNO, Khairul Azwan Harun (dua kiri) dan Pengerusi Gabungan NGO Malaysia, Datuk Jamal Md Yunos (kiri) pada sidang media tergempar mengenai isu pembunuhan etnik Rohingya di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. foto IQBAL BASRI, 07 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Meskipun pernah berseteru dalam satu demonstrasi sebelum ini, Datuk Seri Jamal Md. Yunos mahu Ambiga dan Maria Chin bersama-sama dalam satu demonstrasi yang akan diadakan di ibu kota esok.

Jamal membuat ‘jemputan’ tersebut berikutan ‘pengalaman’ penganjuran serta penglibatan dua watak penting dari NGO BERSIH tersebut dalam beberapa siri demonstrasi besar-besaran di Kuala Lumpur sejak beberapa tahun yang lepas.

“Dulu yang mana beratus ribu, baju kuning BERSIH ini yang patutnya bersama kita berdemo esok. Pakai baju kuning pun tak mengapa, saya pakai baju merah. Biar dia pakai baju kuning. Kita lupakan dulu fahaman politik untuk capai matlamat (kemanusiaan),” ujarnya ketika ditemui selepas mengadakan perbincangan dengan Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin di sini petang tadi.

Demonstrasi yang dianjurkan Pergerakan Pemuda UMNO bersama dengan pelbagai pertubuhan lain sebagai bantahan terhadap penghapusan etnik Rohingya oleh kerajaan Myanmar.

“Saya bersedia, kalau Ambiga keretanya rosak di tengah jalan, saya pergi ambil dia,” tambahnya.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast