Home Nasional APMM tingkat rondaan hadapi pelarian Rohingya

APMM tingkat rondaan hadapi pelarian Rohingya

PUTRAJAYA – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)  meningkatkan rondaan di beberapa kawasan perairan negara bagi menghadapi kemungkinan kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini.

Rondaan ditumpukan di kawasan Langkawi dan Pulau Pinang terutama kawasan persempadanan Malaysia-Thailand, kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Maritim Datuk Zulkifili Abu Bakar

Rondaan itu bertujuan memastikan perairan negara tidak dicerobohi pendatang asing tanpa izin dengan sewenang-wenangnya.

Menurut beliau, mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen, APMM akan menyerahkan mereka yang didapati memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah kepada Jabatan Imigresen.

Bagaimanapun, katanya, APMM telah diminta untuk membantu pelarian Rohingya jika keadaan memerlukan dari sudut kemanusiaan. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast