Halimah Yacob

SINGAPURA – Halimah Yacob bakal dilantik Presiden Singapura yang baharu apabila dua lagi calon tidak menepati kriteria yang diperlukan.

Jabatan Pemilihan dalam kenyataan hari ini mengesahkan perkara itu dan kini hanya satu sahaja permohonan diterima sebagai calon presiden di negara berkenaan.

Sekiranya benar, Halimah bakal menjadi wanita Melayu pertama memegang jawatan itu di Singapura.

Halimah berusia 62 tahun adalah seorang peguam berkelulusan LLB, LLM dan Doctor of Law National University of Singapore.

Singapura pernah memiliki seorang presiden bangsa Melayu, Tun Yusof Ishak yang asalnya merupakan gabenor kedua sebelum dilantik sebagai ketua negara ekoran pemisahan republik itu daripada Malaysia pada 1965.- MalaysiaGazette