KUALA LUMPUR – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump hari ini memasukkan mesyuarat dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam agenda hariannya.

Melalui media sosialnya hari ini, mesyuarat akan diadakan sebanyak dua kali dengan Najib.

Najib dan rombongan kini dalam lawatan ke AS dan antara keutamaan Najib mewakil rasa kecewa umat Islam terhadap kekejaman tentera Myanmar ke atas penduduk Islam Rohingya.

Bagaimanapun pembangkang di negara ini tetap mengkritik lawatan Najib ke AS terutamanya Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli.

Rafizi Ramli

Rafizi dalam kenyataannya hari ini mendakwa sumbernya di AS memaklumkan lawatan Najib bukan atas kapasiti kerajaan dengan kerajaan tetapi lebih kerana pertemuan peribadi.

Ahli Parlimen Pandan itu juga mendakwa pertemuan Najib dengan Trump itu menggunakan khidmat pelobi dan bertujuan menaikkan nama Najib di peringkat antarabangsa.

Apa yang musykil sekiranya pertemuan peribadi kenapa Trump memasukkan mesyuarat dengan Najib dalam agendanya dan rombongan Malaysia pula turut dihadiri oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ali Hamsa.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast