Abdul Wahid Omar

KUALA LUMPUR – Akhirnya kesemua negeri di Malaysia mengeluarkan fatwa harus kepada umat Islam untuk melabur dalam Amanah Saham Bhd. (ASB), produk di bawah Permodalan Nasional Bhd. dengan Pulau Pinang menjadi negeri terakhir mengeluarkan fatwa tersebut.

Pengerusi PNB, Tan Sri Abdul Wahid Omar berkata, mesyuarat yang diadakan pada 14 dan 15 Ogos lalu membolehkan Jabatan Mufti Pulau Pinang mengeluarkan fatwa harus melabur melabur dalam ASB.

Keputusan yang sama turut diambil oleh Selangor pada Mei lalu.

“Perkara ini amat melegakan kami kerana ini yang kami usahakan selama ini dan akan diteruskan pada masa-masa akan datang,” katanya semasa sidang media selepas menghadiri Persidangan Urus Tadbir Syariah dan Jaminan 2017 PNB-USIM di sini hari ini.

Bagaimanapun, menurut Abdul Wahid, PNB tidak memiliki sebarang data atau melaksanakan kaji selidik berhubung respon orang ramai terhadap keputusan jabatan-jabatan fatwa negeri yang mengharuskan pelaburan ASB.

“Ada anekdot tetapi tiada data sahih kerana kami tidak pernah bertanya mengapa mereka menjual unit-unit ASB mereka dan kami juga tidak bertanya mengapa mereka membeli dana ASB.

“Cuma pada kami, keputusan setiap negeri tersebut amat melegakan,” katanya lagi.

Tegas Abdul Wahid, PNB tidak membuat pelaburan di dalam kaunter arah, judi malah tembakau sekalipun.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast