KUALA LUMPUR – “Ada mangsa cuba nak lari melalui tingkap tapi ada grill,’
Itu luahan kesedihan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor ketika melawat kejadian kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang membabitkan kematian 25 mangsa awal pagi tadi.
Beliau yang sedih melihat sendiri keadaan mayat yang rentung akibat terperangkap dalam kebakaran yang berlaku.
Malah beliau berharap tidak ada lagi sebarang pembangunan tidak mematuhi aspek keselamatan.
Tengku Adnan kesal ada sebahagian pusat tahfiz persendirian gagal mematuhi peraturan yang ditetapkan.
“Kerajaan minta mereka ikut spesifikasi, saya arahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur lihat semula semula rumah tahfiz independ ini,” katanya.
Dalam pada itu beliau berharap segala bantuan kepada mangsa dan keluarga dapat disegerakan.- MalaysiaGazette