Home Dunia Kakitangan Kedutaan AS di Cuba alami penyakit misteri

Kakitangan Kedutaan AS di Cuba alami penyakit misteri

WASHINGTON – Amerika Syarikat sedang menyiasat secara agresif punca yang menyebabkan masalah pendengaran dan kecederaan ringan pada otak yang disifatkan sebagai serangan akustik yang berlaku terhadap 21 orang kakitangan kedutaan negara itu di Cuba.

Jurucakap Jabatan Negara, Heather Nauert berkata, tidak ada laporan kes terbaharu sejak akhir Ogos lalu tetapi ujian masih diteruskan.

Nauert berkata, kejadian itu berlaku pada akhir tahun lalu, telah disahkan oleh pegawai Amerika Syarikat pada bulan Ogos.

Pada ketika itu hanya 16 orang sahaja yang cedera.

Media-media baharu melaporkan kakitangan Amerika dan Kanada yang bekerja di Cuba telah diagnos dengan masalah kehilangan pendengaran, sakit kepala, ketidak seimbangan dan kecederaan trauma otak dan kerosakan pada sistem saraf tengah.

“Siasatan ke atas semua ini masih dijalankan, ia adalah siasatan agresif yang berterusan dan kami akan terus melakukan ini sehingga kami mengetahui siapa atau apa yang bertanggungjawab untuk kejadian ini,” kata Nauert.

Nauert berkata, beberapa orang masih diuji dan mungkin bilangan anggota yang cedera akan meningkat. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast