Danny Welbeck

LONDON – Danny Welbeck berdepan risiko berehat panjang kerana akan menjalani pemeriksaan imbasan kali kedua hariĀ untuk mengetahui tahap kecederaan pangkal paha yang dialaminya.

Penyerang itu mengalami kecederaan ketika menentang Chelsea pada Ahad lalu dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) yang berkesudahan keputusan 0-0.

Senario terbaharu itu sekali gus menimbulkan kebimbangan buat bekas pemain Manchester United itu akan diketepikan selama empat minggu.

Jika sah, Welbeck bakal terlepas aksi bersama The Gunners masih lagi menjadi tanda tanya selain pertemuan England menentang Slovenia dan Lithuania pada saingan kelayakan Piala Dunia.

Arsenal dilihat enggan mengambil risiko terhadap tahap kecergasan Welbeck dengan terburu-buru menurunkannya berikutan kecederaan yang dialaminya agak serius.

Pengurus, Arsene Wenger bagaimanapun memiliki pilihan pemain lain di bahagian serangan dan hanya akan menurunkan Welbeck semula apabila kecederaannya benar-benar pulih.

Welbeck menjaringkan tiga gol dalam lima perlawanan Liga Perdana Inggeris sekali gus muncul penjaring terbanyak Arsenal setakat ini.

Kecederaan tersebut turut memberi tamparan hebat kepada Pengurus England, Gareth Southgate ketika pasukannya mengharungi aksi kelayakan Piala Dunia bulan depan. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast