Sesi fotografi bersama Datuk Fazley Yaakob pada Majlis Pelantikan Duta Jaya Grocer dan Suka Sucre Creatives di The Straling Mall, Petaling Jaya Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Penyanyi merangkap chef, Datuk Fazley Yaakob mengakui dia teruja dan bangga apabila dipilih sebagai duta pasaraya, Jaya Grocer selama setahun.

Fazley berkata, ini kerana dia mempuyai tanggungjawab baharu kerana dapat mempromosi pelbagai jenama dan produk yang dijual di pasaraya berkenaan.

Jelas bapa kepada tiga orang anak yang berusia 37 tahun itu dengan memiliki pengikut dan peminat melebihi 900,000 di laman sosial, dia akan mengajak mereka membeli-belah di atas talian (online) dengan mengguna portal baharu pasaraya tersebut.

“Sebelum ini, saya hanya terlibat dengan Jaya Grocer menerusi beberapa kempen tapi kini, tanggungjawab saya bukan saja sebagai cef tetapi jurucakap produk untuk peringkat antarabangsa.

“Apatah lagi hampir 99 peratus bahan masakan yang saya gunakan untuk memasak di restoran saya, saya menggunakan produk yang dijual di sini,” katanya.

Fazley berkongsi cerita tersebut ketika ditemui pada majlis pelancaran portal E-Dagang Jaya Grocer dan pelantikannya sebagai duta pasaraya itu di The Starling Mall, Petaling Jaya, semalam.

Datuk Fazley Yaakob bergambar kenangan sambil diiringi Ketua E-Dagang Jaya Grocer, JC Loke (kanan) pada Majlis Pelantikan Duta Jaya Grocer dan Suka Sucre Creatives di The Straling Mall, Petaling Jaya Selangor. foto IQBAL BASRI, 20 SEPTEMBER 2017

Mengulas kariernya sebagai chef, Fazley yang juga penceramah motivasi berkata, dia bakal muncul menerusi rancangan masakan Asian Food Channel tidak lama lagi.

Malah, dia akan berangkat ke Chennai untuk menjalani penggambaran program travelouge dan memasak masakan tradisional India minggu depan.

Namun jelasnya, dia tetap tidak meninggalkan kerjaya seni biarpun sibuk dengan kerjaya di bidang kulinari dan prestorannya, Fazley berkata dia tetap tidak meninggalkan kerjaya seni.

“Saya dalam perancangan untuk muncul dengan single terbaharu dalam bahasa Mandarin selepas muncul dengan single Ketiadaan,” katanya. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast