Reaksi atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly kelihatan gembira selepas membuat lompatan acara lompat jauh T20 lelaki akhir sekaligus menjuarai emas dan memecahkan recod pada Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 SEPTEMBER 2017

KUALA LUMPUR – Raja lompat jauh para dunia, Abdul Latif Romly tidak berdepan masalah meraih emas pada Sukan Para Asean di Stadium Bukit Jalil, hari ini.

Atlet berusia 20 tahun itu hanya perlu melakukan lompatan terbaik pada percubaan pertama sahaja dengan catatan 7.41 meter.

Abdul Latif kelahiran Kampung Paya Kelubi, Perlis bagaimanapun gagal memperbaharui rekod lama kejohanan iaitu 7.43 meter.

Ini kerana lompatan keduanya mencatatkan jarak 7.26 meter, diikuti lompatan keempat 7.25 meter dan kelima 7.19 meter. Lompatan ketiga dan keenamnya batal.

Namun lebih manis, kejayaan Abdul Latif itu disaksikan  Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

“Sayagembira dapat pertahankan pingat emas buat kali ketiga berturut-turut selepas Myanmar, Singapura dan kini di Kuala Lumpur.

“Saya yakin untuk raih pingat emas tetapi apa yang saya sasarkan untuk perbaiki rekod peribadi,” jelas Latif selepas pertandingan berakhir.

Atlet paralimpik negara, Abdul Latif Romly membuat lompatan semasa acara lompat jauh T20 lelaki akhir sekaligus menjuarai emas dan memecahkan recod pada Sukan Para Asean KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur. foto FAREEZ FADZIL, 22 SEPTEMBER 2017.

Namun jelas Abdul Latif, kecederaan lama di buku lalu yang berulang kembali menyebabkan dia tidak dapat melakukan lompatan yang lebih baik.

Sementara itu, pingat perak dimenangi pencabar terdekatnya dari Singapura, Suhairi Suhani dengan jarak 6.85 meter.

Seorang lagi atlet negara, Zulkifly Abdullah merangkul pingat gangsa selepas melakukan lompatan terbaik pada percubaan kelima iaitu 6.51 meter.

Latif terus mengekalkan rekod terbaik dalam acara kategori T20 (masalah pembelajaran) ini selepas dua bulan melakar gelaran dunia pada Kejohanan Olahraga Para Dunia di London dengan rekod 7.60 meter.

Tahun lalu dia turut meraih pingat emas pada Sukan Paralimpik di Brazil. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast