Bagi institusi pendidikan yang selesai dibersihkan daripada kesan banjir dan bersedia untuk kembali beroperasi, ia akan bermula pada Ahad atau Isnin minggu persekolahan berikutnya.- Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Jumlah mangsa banjir di pusat pemindahan banjir di Kedah setakat 8 pagi ini kekal 651 orang seperti malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), ia membabitkan 192 keluarga di enam pusat pemindahan sekitar Kota Setar, Kubang Pasu dan Pendang.

Di Kota Setar, pusat pemindahan yang masih beroperasi ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Gunung (266 mangsa), Jabatan Kebajikan Masyarakat Seberang Perak (enam) , Dewan Wawasan Kampung Kelompang (31) dan Kampung Tok Pauh (12).

Sementara itu, hanya satu pusat pemindahan yang masih beroperasi di di daerah Kubang Pasu dan Pendang iaitu di SK Kodiang Lama, Jitra yang menempatkan 56 mangsa dan Dewan Rakan Sukan Tanah Merah, Pendang seramai 280 mangsa.

Dua pusat pemindahan di Pokok Sena iaitu di SK Bukit Hijau dan Dewan Lubuk Keriang ditutup petang, semalam.

Hujan lebat yang berlaku pada Rabu lalu, menyebabkan banjir dan penduduk di daerah Kota Setar, Pendang, Pokok Sena, Kuala Muda dan Kubang Pasu dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan sementara.

Jumlah mangsa terus menurun berikutan cuaca cerah di Kedah sejak empat hari lalu. – MalaysiaGazette