Home Politik Muslimat minta tambahan calon untuk PRU-14

Muslimat minta tambahan calon untuk PRU-14

KUALA TERENGGANU – Dewan Muslimat Pas Pusat (DPPP) menuntut jumlah yang munasabah untuk parti itu meletakkan calon dalam kalangan wanita pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) kali ini.

Ketuanya, Nuridah Salleh berkata, jumlah itu mestilah bersesuaian dengan kerusi yang bakal dipertandingkan termasuk Sabah dan Sarawak.

Kata beliau, DPPP menyerahkan kepada Allah untuk menentukan berapa jumlah kaum muslimat yang akan bertanding.

“Sudah ada jumlahnya,” kata Nuridah yang kemudian menjawab, jumlah itu ada dalam ketentuan Allah.

Bercakap kepada pemberita pada Himpunan Fastaqim 2.0 di Pantai Tok Jembal di sini, malam tadi, beliau menganggarkan jumlah itu melebihi daripada PRU 13 sebelum ini.

“Untuk kepastian kena tunggu hari pilihan raya lah. Yang pasti lebih ramai dari sebelum ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast